Friday 28 September 2012


Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian
Para pelajar PMB diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negative semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang, belajar dan semasa ujian JPJ.
Oleh itu, para pelajar PMB hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah:


LELAKI
1) Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat atau yang mempunyai motif negatif tidak      dibenarkan.
2)Memakai seluar panjang
3) Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar
4) Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang)
5) Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan .


PEREMPUAN
1 )Baju kurung, kemeja berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung.
2) Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut.
3) Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan.
4) Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment